Pengurangan Saman JPJ: Diskaun 70% Bulan Kemerdekaan 2021

DISKAUN SAMAN JPJ 70% SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2021

sumber : jpj malaysia

Bersempena dengan bulan kemerdekaan Malaysia 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang masih lagi berkuatkuasa semasa tawaran tersebut kecuali kes dalam sebutan mahkamah.

Tempoh Tawaran Diskaun Saman JPJ 70% (2021)

Tawaran pengurangan saman ini berkuatkuasa bermula 18 Ogos hingga 16 September 2021.

Terma & Syarat

Tawaran pengurangan saman JPj 70% ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah :

              Cara-Cara Pembayaran Saman
                            [ KLIK SINI ]

 

  • i. Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333)
  • ii. Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • iii. Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta
  • iv Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya,
  • v. termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman-saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan sebentar tadi.

                   Cara Semakan / Bayaran
                               [ KLIK SINI ]