sumber : https://iluminasi.com/

Masalah Gangguan Mental? Adakah Tabiat Gigit Kuku Salah 1 Daripadanya ? ?

Ramai kanak-kanak memang gemar menggigit kuku mereka. Namun, tabiat gigit kuku ini berlaku bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak. Bahkan, orang dewasa pun ada!

Tabiat gigit kuku sering bermula ketika zaman kanak-kanak dan akan dibawa-bawa sehingga ke alam dewasa.

Namun, tidak begitu jelas mengapa seseorang itu gemar menggigit kuku. Tapi kalau dah jadi satu tabiat yang kian lama ada, memang agak sukar untuk meninggalkannya.

Menurut Hello Doktor, beberapa faktor mungkin boleh menyebabkan seseorang itu gemar menggigit kuku. Antaranya ialah:

1. Tertekan, bosan atau tidak sabar

Apabila amalan menggigit kuku ini sudah mula menjadi satu tabiat, maka ia akan kerap berlaku terutamanya jika anda sedang menunggu sesuatu, berasa tertekan, kebosanan atau ketika menjadi tidak sabar.

Hal ini kerana anda sedang cuba untuk mengawal perasaan yang sedang anda alami.

2. Memberikan tumpuan

Kadangkala, ada individu yang menggigit kuku disebabkan kecenderungannya untuk melakukan hal tersebut sewaktu mereka sedang memberikan tumpuan yang sepenuhnya.

Anda mungkin tidak begitu perasan sedang gigit kuku anda ketika cuba menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang dihadapi.

3. Stres dan keresahan

Ada juga yang menggigit kuku ketika sedang stres atau mengalami keresahan atau kegelisahan.

Ia adalah sebagai satu cara untuk mendapatkan kelegaan yang bersifat sementara daripada stres dan keresahan yang dialami

4. Masalah emosi atau psikologi

Amalan menggigit kuku juga boleh dikaitkan dengan beberapa keadaan kesihatan seperti:

•           Gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD)

•           Gangguan kemurungan utama

•           Gangguan kompulsif obsesif (OCD)

•           Sindrom Tourette

•           Gangguan keresahan pemisahan

Tidak semua yang memiliki gangguan-gangguan ini akan menggigit kuku mereka, dan mereka yang menggigit kuku tidak semestinya memiliki masalah berkaitan gangguan mental.

Sumber: Hello Doktor